Tuesday, January 8, 2013

Gastrik menyerang..bagaimana nak atasi??

Salam 1 malaysia..

Harini nak bercerita pasal gastrik sikit..sakit kan kalau dapat gastrik..pengalaman saya sendiri,mmg akan tertonggeng2 la tahan sakit..sbb tu kene makan on time..lambat sikit mmg akan kena...



Apa Itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
•Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
•Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.




Gastrik berlaku apabila:
Keseimbangan paras keasidan dalam perut terganggu. Apabila kita makan kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid hidroklorik dalam perut) bagi membantu mencernakan makanan. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Secara umum, gejala gastrik adalah:
--Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
--Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
--Mual.
--Muntah.
--Hilang selera.
--Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
--Hilang berat badan.
--Pedih ulu hati.





BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:

1)Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
2)Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
3)Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
4)Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
5)Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
6)Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
7)Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.
8)Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
9)Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.



Kini..saya lebih gembira kerana dah lama tak dikunjungi gastrik..hehe..rahsia sy pasti dengan ESP..ESP membantu saya berasa kenyang lebih lama dan bertenaga..malam2 buat kerja sampai pukul 12tghmlm pon masih ok..bye bye gastrik.. :)


Jom baca testimoni pasal gastrik nih..

0 comments: