Showing posts with label Sakit Sendi. Show all posts
Showing posts with label Sakit Sendi. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

Kasut Tumit Tinggi..Cantik dan Sakit??

Salam..

Harini kita bercerita plak berkisar kasut tumit tinggi atau lebih popular dengan panggilan omputih High Heels....wahh terbayang model2 bergaya dengan langkah gemalai bila memakai high heels kan...Tapi benarkan ia semata-mata nampak cantik atau mengundang bahana kepada si pemakai. Jom kita kupas.

Kasut-pastinya terletak pada kaki dan satu2nya tunjang dan paksi untuk kita berjalan atau melakukan pergerakan. Adakah anda benar2 menjaga kesihatan paksi ini atau meletakkannya dalam keadaan yang sengsara. Pemakaian kasut tumit tinggi seumpamanya,banyak memberi kesan negative kepada si pemakai.

Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo=tulang, arthro=sendi, itis=radang) adalah masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang.

Bahaya penggunaan kasut tumit tinggi:
--Menjejaskan kesuburan
-- Menjejaskan organ dalaman
--Punca rambut gugur
--Sakit leher, bahu, lutut, sendi, dan tulang belakang
-- Gangguan haid, dan banyak lagi

 Penggunaan kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga akan memberi tekanan kepada sendi di bahagian kaki seterusnya memberikan kesakitan kepada sendi.Ia juga boleh mengubah struktur sendi dan menyakitkan bahagian2 sendi yang terlibat.

Fahami macammana kasut tumit tinggi memberi kesan kepada kaki kita..


Dan sekarang anda yang menentukan masa depan kaki anda :) Kalau yang tempat kerjanya memerlukan untuk memakai kasut tumit tinggi ini..rajin2 la buat senaman ringan tuk kaki..nnt tak pasal2 sakit2 sendi..tapi kalo sakit sendi Shaklee pon ade rumusan hebat..AJHT-Avanced Joint Health Tablet untuk keselesaan sendi anda :)

Pertanyaan blh pm/contact sy..Saya sedia membantu :)

Sunday, January 13, 2013

AJHT for OA and RA

Salam..
.
Jom kenali sakit sendi atau dikenali sebagai Osteoarthritis.
 
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
 
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
  1. Golongan tuadan sudah berumur
  2. Golongan obesiti
  3. Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
  4. Mengangkat barang-barang yang berat.
  5. Lemah otot paha (quadriceps)
  6. Abnormal tibial rotation.

 Rawatan perubatan:
1)Ubat penahan sakit
2)Ubat yang disapu pada sendi anggota badan(gel/krim)
3)Ubat jenis suntikan
4)Rawatan fisioterapi

Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Rawatan fisioterapi yang boleh diberikan:
1. Untuk mengawal kesakitan
2. Untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.
3. Untuk mengekalkan pergerakan sendi ( increase joint range of motion )
4. Untuk meningkatkan kefleksibelan
5. Untuk mengekalkan kekuatan
- Artikel iluvislam.com

Adakah rawatan perubatan dan pembedan seperti di atas menjadi pilihan anda? Mungkin rawatan tersebut berkesan untuk jangka masa pendek sahaja ataupon pergerakan anda menjadi terbatas. Anda berhak memilih untuk kekal sihat dan aktif tanpa sebarang batasan. Bagi saya, AJHT adalah pilihan yang paling tepat.

AJHT dirumus 100% daripada sayuran dan tumbuhan dan terbukti berkesan hanya dalam 5 hari sahaja.


 Cuba dulu,baru tahu keberkesanannya..pasti selesa..insyaAllah..Do pm me for the best promo price..tq ;)

Monday, January 7, 2013

Sakit Sendi atau Osteoarthritis

Salam..


Apa itu Sakit Sendi/Osteoarthritis..
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita
Sakit sendi tidak akan menyebabkan lumpuh,tapi ia menyumbang kepada ketidakselesaan melakukan pekerjaan dan melambatkan pergerakan...

Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
--Sakit pada sendi yang terlibat.
--Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
--Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
--Adanya pembesaran tulang sendi.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
--Golongan tua dan sudah berumur
--Golongan obesiti
--Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
--Mengangkat barang-barang yang berat.
--Lemah otot paha (quadriceps)
--Abnormal tibial rotation

AJHT untuk pesakit sendi:
AJHT-Advanced Joint Health Tablet rumusan 100% dari sayuran dan semulajadi..mengndungi ekstrak Boswellia,ekstrak jagung,vitamin c,zink,tembaga dan mangan untuk menyokong kelesesaan sendi...ujian klinikal terbukti berkesan dlam masa 5hari..insyaAllah..

rumusan AJHT tidak mngndungi bahan kimia..

Wednesday, January 2, 2013

AJHT-Advanced Joint Health Tablet

salam~
.
pagi nih kita cerita pasal AJHT..sbb bulan pertama tahun baru nih ade promosi hebat untuk AJHT..beli 6 percuma 1..haaa..kana berbaloi baloiiii tuh...beli stok terus untuk mak ayah datuk nenek pakcik makcik..suami dan juga isteri..

Untuk apa nih...AJHT dirumus khas untuk sesiapa yang mengalami ketidakselesaan sendi...
Simptom sendi yang tidak sihat:
-ketegangan
-lenguh
-bengkak
-kesakitan
-berkeriut atau bunyi klik

.
Kita biasa dgr org2 tua mengaduh lenguh lutut,bisa tumit la..insyaAllah Ajht blh membantu memberi keselesaan kepada pesakit.Ajht dirumus dari sumber semulajadi seperti;
1)Ekstrak Boswellia-yang menyokong keselesaan sendi
2)Ekstrak jagung-yang membantu meningkatkan kesan kusyen pada tulang sendi
3)Memelihara tisu penyambung yang sihat : Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.  



Sedikit fakta tentang sendi yang perlu anda tahu
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan bantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi.Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang sebabkan joint discomfort.


 

Saturday, December 22, 2012

AJHT dan Ostematrix untuk penyakit sendi

Salam..

Dalam perubatan Ayurveda yang dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu, Boswellia sering digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.Asid Boswellia merupakan komponen utama dari ekstrak Boswellia yang sangat membantu dalam memberikan keselesaan sendi. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.

Berita baiknya, tidak perlu undur lagi ke masa lalu kerana sekarang ini ada tablet khas yang mengandungi ekstrak Boswellia, khusus untuk kesihatan sendi. Namanya, Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Setiap tablet AJHT mengandungi 100mg ekstrak Boswellia. Kajian perbandingan antara beberapa jenama supplemen lain yang turut digunakan untuk masalah sendi menunjukkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee merupakan satu-satunya produk yang mengandungi ekstrak Boswellia.

Selain Boswellia, ia turut diperkaya dengan ekstrak jagung atau nama saintifiknya Glucosamine. Glucosamine memang diketahui umum sebagai komponen utama dalam pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovial. Ia juga meningkatkan kesan kusyen pada sendi. Lebih selesa untuk kita bergerak.

Pelengkap kepada kedua-dua ekstrak ini adalah vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan tisu penyambung. Semua ini terkandung dalam satu tablet sahaja.

Untuk kesan optimum, amat baik sekiranya tablet sakit sendi Advanced Joint Health ini diambil bersama Ostematrix, iaitu kalsium lengkap untuk membaiki jisim tulang dan menguatkan tulang.

credit:Sihat Lestari :)

Sakit Sendi


salam..

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis:
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Osteoarthritis:
Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid:
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Arthritis Reumatoid:
Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
Kekakuan pada awal pagi.
Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
Kelemahan dan kepenatan.
Demam bergred rendah.
Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penjagaan Kendiri:
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
Selang selikan rehat.
Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Elak:
Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
Memakai kasut yang tidak berpadanan.
Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

;)