Salam..
.
Jom kenali sakit sendi atau dikenali sebagai Osteoarthritis.
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia
merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi
pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
- Sakit pada sendi yang terlibat.
- Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
- Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
- Adanya pembesaran tulang sendi.
- Golongan tuadan sudah berumur
- Golongan obesiti
- Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
- Mengangkat barang-barang yang berat.
- Lemah otot paha (quadriceps)
- Abnormal tibial rotation.
Rawatan perubatan:
1)Ubat penahan sakit
2)Ubat yang disapu pada sendi anggota badan(gel/krim)
3)Ubat jenis suntikan
4)Rawatan fisioterapi
Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.
Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.
Rawatan fisioterapi yang boleh diberikan:
1. Untuk mengawal kesakitan
2. Untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.
3. Untuk mengekalkan pergerakan sendi ( increase joint range of motion )
4. Untuk meningkatkan kefleksibelan
5. Untuk mengekalkan kekuatan
- Artikel iluvislam.com
Adakah rawatan perubatan dan pembedan seperti di atas menjadi pilihan anda? Mungkin rawatan tersebut berkesan untuk jangka masa pendek sahaja ataupon pergerakan anda menjadi terbatas. Anda berhak memilih untuk kekal sihat dan aktif tanpa sebarang batasan. Bagi saya, AJHT adalah pilihan yang paling tepat.
AJHT dirumus 100% daripada sayuran dan tumbuhan dan terbukti berkesan hanya dalam 5 hari sahaja.
0 comments:
Post a Comment