Sunday, January 27, 2013

[Berpantang dengan Shaklee]

Salam~

Ramai bloggers seangkatan dengan saya bakal menimang cahaya mata lagi..wahh..mmg cantik timing dorang..2011 dulu pakat dapat bby 1st/2nd...sekarang 2013 dapat bby baru lagi..alhmdulillah dah rezeki kan..suka bau bby baru lahir.. :)

Tahun nih kita tukar cara berpantang nak?bukan tukar apa pon..jom berpantang dengan vitamin semulajadi..amalan org2 tua dulu kita teruskan macam biasa..berbekung,berpilis semua..masih boleh diteruskan...dan untuk dalaman dan luaran,kita mkn vitamin plak....jangan risau..Shaklee nih semulajadi tau..badan akan jadi segar bugar,susu bertambah..awet muda juga..jom!

Apa yang terkandung dalam set berpantang Shaklee nih..
1.  B-Complex

Dikenali sebagai vitamin anti-stress. Ia juga memelihara kesihatan saraf. Emosi ibu yang baru melahirkan anak perlu dijaga, stress yang sedikit jika tak ditangani boleh membawa kepada meroyan. Jika ibu stress susu badan juga akan terpengaruh, susu menjadi sedikit.
2. Vitamin C
Vitamin C sangat penting untuk membantu penyerapan zat besi, ini mengelakkan anemia. Juga penting menjaga kiraan kolagen di dalam badan. Vitamin C juga akan mengelakkan ibu terkena selsema. Jika ibu tidak sihat bagaimana mahu menyusukan anak.Membantu untuk menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin.

3. Vita-Lea (Multivitamin + Iron)
Ketika wanita  bersalin wanita akan kehilangan jumlah darah yang agak banyak, so iron sangat diperlukan. Ia juga mengandungi multivitamin yang terdiri daripada pelbagai kumpulan mineral dan vitamin yang sangat diperlukan oleh badan, yelah pilihan makanan di dalam pantang adalah agak terhad. Maka Vita-Lea boleh membantu badan wanita mendapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

4. Zinc Complex
Zinc mampu membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka selepas bersalin. Bagi mereka yang bersalin melalui pembedahan, Zinc adalah antara vitamin yang sangat penting.Selain itu ia juga mampu mengurangkan masalah keguguran rambut dan mencantikkan kuku.

Banyak kelebihannya kan..so apalagi bakal ibu baru..jom berubah ke arah lebih baik,sihat dan semulajadi :)

Pertanyaan sms Noli 014-5453747 :)

Kasut Tumit Tinggi..Cantik dan Sakit??

Salam..

Harini kita bercerita plak berkisar kasut tumit tinggi atau lebih popular dengan panggilan omputih High Heels....wahh terbayang model2 bergaya dengan langkah gemalai bila memakai high heels kan...Tapi benarkan ia semata-mata nampak cantik atau mengundang bahana kepada si pemakai. Jom kita kupas.

Kasut-pastinya terletak pada kaki dan satu2nya tunjang dan paksi untuk kita berjalan atau melakukan pergerakan. Adakah anda benar2 menjaga kesihatan paksi ini atau meletakkannya dalam keadaan yang sengsara. Pemakaian kasut tumit tinggi seumpamanya,banyak memberi kesan negative kepada si pemakai.

Pakar tulang (orthopedics) telah lama menyatakan bahawa pemakaian kasut tumit tinggi boleh mengakibatkan masalah di lutut, pergelangan kaki dan pada kaki. Masalah yang dihadapi boleh terjadi dengan segera ataupun dalam jangka masa yang lama. Terseliuh pergelangan kaki dan patah tulang akibat terjatuh semasa memakai kasut tumit tinggi adalah di antara dampak segera dari pemakaian kasut tumit tinggi. Manakala osteoarthritis (osteo=tulang, arthro=sendi, itis=radang) adalah masalah bagi pemakaian dalam jangka masa yang panjang.

Bahaya penggunaan kasut tumit tinggi:
--Menjejaskan kesuburan
-- Menjejaskan organ dalaman
--Punca rambut gugur
--Sakit leher, bahu, lutut, sendi, dan tulang belakang
-- Gangguan haid, dan banyak lagi

 Penggunaan kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga akan memberi tekanan kepada sendi di bahagian kaki seterusnya memberikan kesakitan kepada sendi.Ia juga boleh mengubah struktur sendi dan menyakitkan bahagian2 sendi yang terlibat.

Fahami macammana kasut tumit tinggi memberi kesan kepada kaki kita..


Dan sekarang anda yang menentukan masa depan kaki anda :) Kalau yang tempat kerjanya memerlukan untuk memakai kasut tumit tinggi ini..rajin2 la buat senaman ringan tuk kaki..nnt tak pasal2 sakit2 sendi..tapi kalo sakit sendi Shaklee pon ade rumusan hebat..AJHT-Avanced Joint Health Tablet untuk keselesaan sendi anda :)

Pertanyaan blh pm/contact sy..Saya sedia membantu :)

Saturday, January 26, 2013

VitaLea..multivitamin hebat

Salam~

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin & Multimineral Multi yang Hebat 
**Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. 
**Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan 
**Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. 
**Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.



 
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:

  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*

Shaklee BERBEZA sebab...

  • Vitalea mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal.
  • memberi 28 Jenis Vitamin yang penting dalam satu rumusan yg seimbang.
  • menguatkan fungsi otak
  • membantu proses metabolisme dgn vitamin2 B yg lebih seimbang
  • ambillah bersama Vitamin C bagi meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh.

Friday, January 25, 2013

Adakah anda kekurangan kalsium?jom check!

" Kalsium adalah mineral yang terbanyak terdapat dalam badan kita iaitu lebih daripada 90% bahan keras dalam tulang dan gigi. Ia diperlukan untuk pembentukan dan bagi mengekalkan tulang yang kuat serta gigi yang sihat. Ia juga untuk pembekuan darah, penghantaran gerakbalas saraf, dan kontraksi otot. Peranan penting kalsium ialah mencegah penyakit osteoporasis. "

Berapa banyak kalsium diperlukan?? Institut kesihatan Kebangsaan mengesyorkan 1000mg sehari bagi wanita dan 1500mg bagi wanita pasca putus haid. Kecuali anda seorang "kaki susu" serta cermat memakan, adalah sukar untuk memperolehi jumlah kalsium ini menerusi diet sehari-hari. Kebanyakan wanita menghadkan pengambilan susu dan keju kerana kalorinya... tetapi sebenarnya, pengambilan purata bagi wanita hari ini ialah kurang dari 600mg kalsium sehari, inilah sebab utama kita wanita dilanda wabak osteoporosis.

Jom check jika anda ada tanda-tanda berikut.. Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:

Otot & Saraf:
  • Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
  • Kejang otot
  • Wheezing(pernafasan berdehit)
  • Susah menelan
  • Suara berubah akibat laryngospasm
Saraf:
  • Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
  • Letih
  • Sawan
  • Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal
  • Jantung:
  • Sesak nafas
  • Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat
  • Kulit:
  • Rambut kasar
  • kuku rapuh
  • Psoriasis (sakit kulit)
  • Kulit kering
    Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium:
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatiod arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.


Kenapa Shaklee Osteomatrix pilihan saya?
... kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur Kalsium, Magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyerapan kalsium dalam darah dengan lebih efektif. Makan 4biji sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria, membuang memang mudah.. Alhamdulillah..

Tahukah anda Shaklee OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Tahukah anda mengapa kita perlu amik 4 biji osteomatrix sebelum tidur??
... Sebabnya, penyerapan kalsium bergantung kepada berapa kerap kita buang air kecil. Pada waktu malam, kita kurang ke toilet, so tubuh lebih mudah menyerap lebih banyak kalsium. Dan sebagai bonusnya, kita akan dapati boleh bangun pagi keesokannya dengan lebih mudah, tiada cramp/sengal2 dan badan rasa lebih ringan gitu.

Tuesday, January 15, 2013

Testimoni Kurus dan Sihat

salam~

Kalau dia blh..kita pon pasti boleh kan..
Lovely Faizah consume Lecithin,Alfalfa dan juga HerbLax dalam program diet beliau..alhmdulillah kini beratnya menten 49kg..wow kn...

Saranan saya..konsisten dgn vitamin..pengambilan air putih secukupnya..insyaAllah..jom tgk produk yanng di ambil beliau..

Lecithin-pecahkan lemak yang degil
Alfalfa - buang toksin
HerbLax-detox...

Nyatakan bajet anda..saya sedia membantu :)



Monday, January 14, 2013

Detox dengan HerbLax



[TOKSIN]
Salam dan selamat sejahtera :)

Apakah itu toksin?
Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Bila badan dah didetox,sel2 ,menjadi lebih sihat dan lebih bersedia untuk menyerap nutrien2 lain..dengan kata lain penyerapan nutrien lebih efisyen..faham kan..

So..kalo ade simptom2 seperti di bawah..sila detox usus anda..langkah yang kecil akan memberi maanfaat yang besar untuk kesihatan anda..InsyaAllah..semua nk sihat kan :)

SIMPTOM TOKSIN BERLEBIHAN!!

1) Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
2) Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
3) Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
4) Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
5) Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
6) Masalah sendi - lenguh lenguh badan
7) Masalah kulit – jerawat, eczema
8) Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
9) Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.

Tanda tanda lain
~~Seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap.
~~Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
~~Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.


[Detox dengan HerbLax]

Perbezaan Shaklee Herblax....................................................

~~Ramuan asas produk ini terdiri dari kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.
~~Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.
~~Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Manfaat Utama :..................................................................

~~Pembersihan najis yang tersekat
~~Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
~~Membantu masalah sembelit.
~~Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.
~~Mengempiskan perut (sangat sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan-kurus)
~~Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

:)

Sunday, January 13, 2013

AJHT for OA and RA

Salam..
.
Jom kenali sakit sendi atau dikenali sebagai Osteoarthritis.
 
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
 
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.

Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.


Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
  1. Golongan tuadan sudah berumur
  2. Golongan obesiti
  3. Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
  4. Mengangkat barang-barang yang berat.
  5. Lemah otot paha (quadriceps)
  6. Abnormal tibial rotation.

 Rawatan perubatan:
1)Ubat penahan sakit
2)Ubat yang disapu pada sendi anggota badan(gel/krim)
3)Ubat jenis suntikan
4)Rawatan fisioterapi

Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia. Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.

Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.

Rawatan fisioterapi yang boleh diberikan:
1. Untuk mengawal kesakitan
2. Untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.untuk mengurangkan kebengkakan jika ada.
3. Untuk mengekalkan pergerakan sendi ( increase joint range of motion )
4. Untuk meningkatkan kefleksibelan
5. Untuk mengekalkan kekuatan
- Artikel iluvislam.com

Adakah rawatan perubatan dan pembedan seperti di atas menjadi pilihan anda? Mungkin rawatan tersebut berkesan untuk jangka masa pendek sahaja ataupon pergerakan anda menjadi terbatas. Anda berhak memilih untuk kekal sihat dan aktif tanpa sebarang batasan. Bagi saya, AJHT adalah pilihan yang paling tepat.

AJHT dirumus 100% daripada sayuran dan tumbuhan dan terbukti berkesan hanya dalam 5 hari sahaja.


 Cuba dulu,baru tahu keberkesanannya..pasti selesa..insyaAllah..Do pm me for the best promo price..tq ;)

Testimonial GLA : Period tidak teratur

salam~

[info GLA Complex]

~~Mengandungi Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vit E

~~GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

~~Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

~~Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

[Kitaran haid tidak normal]
Kitaran haid tidak teratur yang dialami sebahagian besar wanita tidak boleh dipandang remeh. Ini kerana, kitaran haid yang tidak normal merupakan simptom awal wanita tersebut mempunyai masalah hormon tidak seimbang. Jikan dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan sistem pembiakan wanita itu menjadi kurang subur dan sukar menimang cahaya mata.

Antara punca haid tidak teratur ialah:
-Hormon tidak seimbang/ berlakunya perubahan hormon
-Stress / tekanan
-Pengambilan ubat-ubatan tertentu
-Peningkatan berat badan
-Kekurangan nutrisi tertentu


Testimoni pengguna yang makan GLA nih...alhmdulillah..hormon2 kembali teratur dan wajah pon berseri sbb GLA Shaklee mengandungi vita E jgk tau..
Testimoni #1

Antara masalah yang dihadapi wanita ini:
1. Kitaran menstruasi yang tidak teratur
2. Kulit muka kusam (nampak lebih tua dari usia sebenar)
3. Bahagian bawah badannya membesar kerana hormon tidak seimbang
4. Badan tidak bermaya kerana tidak dapat tidur malam selama sebulan disebabkan ubat hormon yang diberi doktor sebab sudah lama tidak datang bulan

Setelah hanya 10 hari mencuba GLA Complex, antara perubahan yang dirasai:

1. Kitaran menstruasi tepat 27 hari
2. Wajah nampak berseri-seri
3. Dapat tidur malam dengan lena semula
4. Senggugut berkurangan

Sumber : Sihat Comel Ceria

Dan ini plak testimoni yang menyatakan period kembali teratur..alhmdulillah...
Testimoni #2:
Testimoni #3:

Alhmdulillah..kita sama2 berusaha untuk sihat kan..GLA salah satu usaha yang pasti bermakna insyaAllah..ingin mencuba..jom contact sy...nak tanya apa2 pon blh ;)

Thursday, January 10, 2013

HerbLax bantu masalah penghadaman,sembelit dan membersihkan usus


Salam~
.
Sekarang..makanan macam2 jenis ade..nak makan ape..order jer..tak kisah la terlebih lemak ker..terlebih minyak ke..yang penting sedap dan puaskan nafsu makan cukup...Oh sangat tidak elok untuk kesihatan kan..lepas tu mula la sembelit la,tak membuang berhari2 la..tambah berat badan..kolesterol tinggi..ishh..
Sebab apa sy tulis camtu...sbb saya pon buat perkara yang sama dulu..tapi sekarang agak insaf,so sgt menjaga pemakanan...kalo bab sembelit...sabo je laaaa..org lain tak rasa..tapi diri sendiri yang merana kan..
 
Kurangkan berat badan..
Masalah sembelit..
Masalah sistem penghadaman..
Badan banyak toksin..
Tak pernah menyahtoksin/detox badan..

HerbLax ada untuk saya...Ye betul...ini solusi untuk saya...saya amalkan HerbLax..mudah jer,untuk seminggu saya cuma amik 2 kali...4biji...wowwww...terasa ringan dan bebas dari lemak/toksin/lendir yang menghuni usus...kesian usus saya dah lama tak didetox...so ini masa untuk basuh usus kita sebaiknya..
Apakah HerbLax?
 Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detox.

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

Sekali lagi ditekankan..

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.

Dah faham kan..so ini la HerbLax yang best itu :)

Menyokong Keseimbangan *
Diet yang kaya dengan serat, air yang mencukupi dan senaman yang tetap, dapat memberi sumbagan kepada pembuangan air besar yang teratur. Pada masa-masa yang tertentu, Herb-Lax yang lembut boleh membantu.
  • Julap lembut untuk kegunaan sekali-sekala*
  • Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan*
  • Daun Senna telah digunakan secara tradisional sejak beribu tahun dahulu sebagai julap semulajadi*
Jom kita temubual sikit pengguna HerbLax nih....jom jom...




yang last source dari sini:

 So..dijamin berkesan..jom grab sekarang...pm/contact sy untuk pertanyaan dan order pon blh.. TQ :)

Wednesday, January 9, 2013

Nak kurus???Dengan Lecithin pasti boleh..

salam~

Harini bercerita tentang nak kurus..perihal berat badan..zaman sekarang memang berlumba2 or nk kurus kan..nak kurus sebab nampak cantik..plus sihat :)..Zaman kemodenan nih,macam2 produk ada kat pasaran..semuanya bergantung kepada pemilihan kita sendiri...ade yang mahal,murah,berpatutan..tepuk dahi,tanya bajet..hehe..

Dengan Shaklee,Lecithin ditawarkan kepada anda2 yang serius mahu kurus..hanya dengan Lecithin boleh kurus????..iye boleh...saya sendiri pon mencubanya..dari berat 57kg..dalam masa sebulan dan turun 3 kilo..alhmdulillah...

Yang penting..kena konsisten dan banyak2 kan minum air putih..Air putih juga membantu dalam proses pemecahan lemak2 badan kita tau..Saya pon takdela diet sangat,tapi still ade penurunan berat..kalau ditambah dengan exercise pasti dapat balik berat anak dara kan.. :)
Jom baca kelebihan2 Lecithin yang best nih...
Ade lagi testimoni yang berjaya menurunkan berat hanya dengan Lecithin..meh rapat tengok sini..ade yang diet betul2..ade yg main makan jer...



Sebarang pertanyaan..boleh direct PM sy kat page Shake Sihat Shake Hebat yer..sy sedia membantu..tq :)

Tuesday, January 8, 2013

Gastrik menyerang..bagaimana nak atasi??

Salam 1 malaysia..

Harini nak bercerita pasal gastrik sikit..sakit kan kalau dapat gastrik..pengalaman saya sendiri,mmg akan tertonggeng2 la tahan sakit..sbb tu kene makan on time..lambat sikit mmg akan kena...



Apa Itu Gastrik?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastritis Terbahagi Kepada Dua:
•Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
•Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.




Gastrik berlaku apabila:
Keseimbangan paras keasidan dalam perut terganggu. Apabila kita makan kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid hidroklorik dalam perut) bagi membantu mencernakan makanan. Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menyeimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Secara umum, gejala gastrik adalah:
--Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
--Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
--Mual.
--Muntah.
--Hilang selera.
--Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
--Hilang berat badan.
--Pedih ulu hati.





BEBERAPA langkah boleh diambil untuk mengelak dan mengawal gejala gastrik, iaitu:

1)Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
2)Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
3)Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
4)Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
5)Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
6)Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
7)Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.
8)Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
9)Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.



Kini..saya lebih gembira kerana dah lama tak dikunjungi gastrik..hehe..rahsia sy pasti dengan ESP..ESP membantu saya berasa kenyang lebih lama dan bertenaga..malam2 buat kerja sampai pukul 12tghmlm pon masih ok..bye bye gastrik.. :)


Jom baca testimoni pasal gastrik nih..

Monday, January 7, 2013

Sakit Sendi atau Osteoarthritis

Salam..


Apa itu Sakit Sendi/Osteoarthritis..
Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).

Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita
Sakit sendi tidak akan menyebabkan lumpuh,tapi ia menyumbang kepada ketidakselesaan melakukan pekerjaan dan melambatkan pergerakan...

Tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
--Sakit pada sendi yang terlibat.
--Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
--Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
--Adanya pembesaran tulang sendi.

Golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Osteoartritis:
--Golongan tua dan sudah berumur
--Golongan obesiti
--Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
--Mengangkat barang-barang yang berat.
--Lemah otot paha (quadriceps)
--Abnormal tibial rotation

AJHT untuk pesakit sendi:
AJHT-Advanced Joint Health Tablet rumusan 100% dari sayuran dan semulajadi..mengndungi ekstrak Boswellia,ekstrak jagung,vitamin c,zink,tembaga dan mangan untuk menyokong kelesesaan sendi...ujian klinikal terbukti berkesan dlam masa 5hari..insyaAllah..

rumusan AJHT tidak mngndungi bahan kimia..