Saturday, December 22, 2012

Sakit Sendi


salam..

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Osteoarthritis:
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Osteoarthritis:
Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan rawan.

Arthritis Reumatoid:
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala Arthritis Reumatoid:
Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
Kekakuan pada awal pagi.
Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
Kelemahan dan kepenatan.
Demam bergred rendah.
Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penjagaan Kendiri:
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.
Selang selikan rehat.
Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding dengan doktor atau fisioterapis anda.
Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Elak:
Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
Memakai kasut yang tidak berpadanan.
Membiarkan sakit mengganggu moral anda.

;)

0 comments: