Saturday, December 22, 2012

AJHT dan Ostematrix untuk penyakit sendi

Salam..

Dalam perubatan Ayurveda yang dipraktikkan sejak 5000 tahun dahulu, Boswellia sering digunakan untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.Asid Boswellia merupakan komponen utama dari ekstrak Boswellia yang sangat membantu dalam memberikan keselesaan sendi. Ia juga menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang akhirnya menyebabkan ketidakselesaan pada sendi.

Berita baiknya, tidak perlu undur lagi ke masa lalu kerana sekarang ini ada tablet khas yang mengandungi ekstrak Boswellia, khusus untuk kesihatan sendi. Namanya, Advanced Joint Health Tablet (AJHT). Setiap tablet AJHT mengandungi 100mg ekstrak Boswellia. Kajian perbandingan antara beberapa jenama supplemen lain yang turut digunakan untuk masalah sendi menunjukkan Advanced Joint Health Tablet Shaklee merupakan satu-satunya produk yang mengandungi ekstrak Boswellia.

Selain Boswellia, ia turut diperkaya dengan ekstrak jagung atau nama saintifiknya Glucosamine. Glucosamine memang diketahui umum sebagai komponen utama dalam pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovial. Ia juga meningkatkan kesan kusyen pada sendi. Lebih selesa untuk kita bergerak.

Pelengkap kepada kedua-dua ekstrak ini adalah vitamin C, zink, kuprum dan mangan yang berfungsi untuk memelihara kesihatan tisu penyambung. Semua ini terkandung dalam satu tablet sahaja.

Untuk kesan optimum, amat baik sekiranya tablet sakit sendi Advanced Joint Health ini diambil bersama Ostematrix, iaitu kalsium lengkap untuk membaiki jisim tulang dan menguatkan tulang.

credit:Sihat Lestari :)

0 comments: