Vitamin C
Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling 
dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang 
pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,  termasuklah pemulihan dan 
pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan  gusi, menyokong sistem 
imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang  mengamalkan pengambilan 
vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan  risiko mendapat serangan 
jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh 
demam selesema  dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita 
pula, pengambilan  vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk 
kecantikan kerana  ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui 
penghasilan kolagen.
Vitamin A
Bagi  mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga 
lebih  rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan 
antara  kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan 
jerawat yang  teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius 
mempunyai paras  konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. 
Keadaan ini berbeza  berbanding mereka yang kurang berjerawat atau 
mereka yang sihat.
Vitamin E
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
1)  Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.
2)  Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung 
berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit 
degeneratif.
3)  Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit 
yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain  vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan 
dengan vitamin penting  lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan 
beberapa mineral lazim  seperti zink dan selenium untuk tindakan anti 
oksida yang poten.
Beta Karoten
Beta  karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan 
ditukarkan  kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan 
anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia 
diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang 
berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu  
mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem  
reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Zink
Mereka  yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga 
kekurangan  zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau 
jerawat  memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal 
penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan  vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk
 mereka yang ingin  memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran 
tercemar dan  pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi 
UV. Mereka  yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi 
manfaat  dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten,
 vitamin  C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan 
vitamin B  seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan 
tindakan  sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal 
bebas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment