Ramai
 yang berpendapat, menurunkan berat badan adalah mudah. Ya, ia mudah 
bagi mereka yang makan secara sihat dan bersenam. Tapi ia akan jadi 
sukar apabila ada faktor lain yang mempengaruhi penurunan berat badan.
- FAKTOR KETURUNAN - Sejarah keluarga dan genetik
 boleh mempengaruhi berat badan. Kenal-pasti susur-galur keluarga dan 
juga kenal pasti siapa antara saudara-mara yang obes. Berkemungkinan 
susah untuk turun kerana faktor keturunan ini mempengaruhi di mana lemak
 disimpan dan juga selaju mana metabolisme bekerja.
 
- JANTINA - Lelaki dikurniakan dengan kadar 
metabislme yang tinggi kerana mereka mempunyai jumlah otot lebih banyak 
berbanding wanita. Wanita mempunyai metabolisme yang perlahan kerana 
secara amnya, mereka perlu menyimpan lemak untuk kesuburan dan 
mengandung. Jadi lelaki lebih senang menurunkan berat badan.
 
- UMUR - Apabila umur meningkat, kadar metabolisme 
semakin perlahan. Bermula dari umur 20an, kadar ini turun puratanya 1% 
setiap tahun, bersamaan kenaikan berat 1-2kg setahun.
 
- JENIS BENTUK BADAN - Epal atau pear? Di mana lemak disimpan mempengaruhi kadar metabolisme. Bentuk badan  epal: Cenderung
 untuk  menyimpan lemak di bahagian abdomen. Golongan ini mempunyai 
metabolisme yang lebih cepat dan mudah menurunkan berat badan, namun 
mereka mempunyai risiko mendapat penyakit seperti jantung, diabetes 
jenis 2 dan kanser. Bentuk badan Pear: Cenderung untuk 
menyimpan lemak di bahagian punggung dan peha. Golongan ini mempunyai 
kadar metabolisme yang perlahan dan lambat dalam proses penurunan berat.
 Namun golongan ini mempunyai risiko rendah terhadap penyakit berkaitan 
berat badan.
 
- JISIM OTOT - Lelaki mempunyai lebih otot 
berbanding wanita, bermaksud lebih tinggi kadar metaboliknya. Ini merana
 otot ialah tisu aktif yang membakar kalori dan mengeluarkan haba. lebih
 banyak otot, lebih banyak pembakaran. Kadar purata lemak yang dibakar 
otot ialah 35-50 kalori sehari.
 
- JISIM LEMAK - Lebih banyak lemak di dalam badan, lebih perlahan kadar metabolisme. Kerana, lemak tidak memerlukan tenaga untuk bertahan.
 
- TABIAT BERSENAM - Selalu bersenam, berjalan 
berlari, berenang, menari dan sebagainya. Ini ialah cara yang paling 
efektif untuk menstimulasikan metabolisme badan, membakar lemak dan 
menambah otot.
 
- TABIAT MAKAN - Tabiat dan pilihan makanan 
mempengaruhi metabolisme. Kajian menunjukkan sesetengah tabiat, seperti 
mengelakkan waktu makan, menyekat pengambilan kalori, mengambil lemak 
berlebihan dan makan lewat malam memperlahankan metaboslime. Jika anda 
ingin meningkatkan metabolisme, biasakan diri makan secara kerap, dalam 
kadar yang sedikit dan makan lebih banyak di waktu yang anda paling 
aktif.
 
- TEORI SET POINT -  Satu teori berkaitan metabolisme
 ialah teori 'SET POINT'. Teori ini menyatakan mekanisma dalaman 
mengawal berapa banyak berat yang dibawa tubuh. Individu yang mempunyai 
SET POINT yang lebih tinggi, susah menurunkan berat badan. Jika dia cuba
 menurunkan berat, badan bertindak menurunkan berat sehingga SET POINT 
sahaja. Kita boleh mengubah SET POINT badan dengan menurunkan sedikit 
demi sedikit berat secara perlahan, ini memberi masa kepada badan untuk 
ke SET POINT yang baru. 
 
 
0 comments:
Post a Comment