Friday, November 30, 2012

Promosi hebat Collagen Powder

salam~
.
Collagen Powder Shaklee...untuk awet muda,tuluss dan mulusssss....yawwww!!
.
Promosi akhir tahun..Collagen Powder Shaklee..harga yg berbaloi2 tau..lagi murah dari biasa..Jom kita kenal collagen..
.
Apa itu collagen?
Colagen adalah berasal dari perkataan Latin, ‘Colla’ = gam dan ‘Gen’ = ejen. Atau bermaksud ‘ejen pelekat’, yang melekatkan sel-sel dalam tubuh kita antara satu sama lain.

Collagen itu adalah salah satu kandungan pada lapisan utama kulit (dermis) yang memainkan peranan penting untuk elasticity and skin smoothness. Jadi, semakin bertambahnya usia kita, semakin berkurangnya collagen pada kulit.

Kolagen berfungsi sebagai penyokong kepada seluruh tubuh badan kita. Collagen terdiri dari serat protein yang ada pada kulit, tulang rawan, tulang dan tisu-tisu (juga di dalam kuku dan rambut). Secara kasar, 33% dari protein dalam badan adalah protein collagen, dan  75% kulit terdiri dari collagen.

Siapa yang boleh ambil collagen?
1-Mereka yang sentiasa mementingkan kecantikan dan kesihatan
2-Warga emas yang mengalami sakit2 sendi
3-Wanita sihat yang ingin memelihara kulit, kuku, rambut, sendi, mata
4-Lelaki sihat yang mementingkan kesihatan dan penampilan

Bolehkan ibu menyusu dan ibu mengandung ambil collagen?
Secara asasnya, kolagen selamat malah diperlukan untuk menjaga kulit agar tidak mengalami rekahan (stretch mark) bagi wanita hamil. Namun, ibu-ibu harus berwaspada pada bahan-bahan yang digunakan, kerana ada bahan yang tidak sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu. Malah, harus tahu juga bahawa produk2 kolagen ni tidak diuji terhadap wanita hamil dan menyusu. Oleh itu, ibu-ibu kena periksa dulu apa bahan yang digunakan, bukan sahaja kolagen tapi apa2 jua makanan tambahan yang ingin diambil.. Contohnya dalam Collagen Powder Shaklee ni mengandungi sejenis herba bernama Pfaffia yang tidak sesuai untuk wanita hamil kerana ia memberi kesan kepada hormon mengandung. Tapi jangan risau, ibu mengandung boleh menggunakan Collagen sebagai masker.

Collagen Powder Shaklee diperbuat daripada apa?
haklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Kebaikan dan fungsi collagen?
Mengekalkan kelembapan dan mencegah kedutan - Kolagen merupakan komponen utama dalam kulit kita. Ia mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembut dan membuatkan kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan kulit.

Memulihkan masalah kulit - Apabila kolagen disuntikkan ke dalam kulit yang terluka, ia akan menstimulasikan pertumbuhan sel-sel kulit baru dan menyediakan perlindungan kepada kulit. Kolagen sangat efektif untuk memulihkan parut, pengecutan ephithelium, kedutan dan garis-garis halus.

Mencantik dan menyuburkan rambut - Nutrisi dalam kulit kepala sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut. Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis, rambut dan kuku. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang, manakala kuku menjadi kusam dan mudah pecah.

Menegangkan payudara - Kesan kolagen untuk menegangkan payudara sudah pun diketahui umum. Payudara sebenarnya terbentuk oleh jaringan-jaringan penyambung dan kumpulan lemak yang berperanan sebagai penyokong bagi pembentukan payudara. Kolagen merupakan komponen utama dari jaringan-jaringan penyambung dan bertindak dengan protein polisakarida untuk membentuk satu jaringan yang kuat untuk menyokong dan menegangkan payudara.

Menguatkan tulang - Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentuk kerangka tulang yang kuat. Oleh itu,kolagen juga dikenali sebagai kerangka tulang. Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut. Hanya dengan pengambilan kolagen yang mencukupi dapat mengembalikan kepadatan tulang yang normal, dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.

Mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi - Kolagen dapat merapatkan sel-sel dan mempercepatkan pembentukan sel-sel baru. Dengan fungsi ini, ia secara efektif dapat mencegah pengumpulan pigmen dan racun, membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan pigmentasi.

Melambatkan proses penuaan kulit - Seiring dengan peningkatan usia dan gaya hidup yang sibuk, kandungan kolagen dalam kulit akan semakin berkurangan dan kerana itu, kulit menjadi kering dan kusam. Pengambilan kolagen secara berterusan dapat membantu kulit untuk menyeimbangkan semula kolagen yang berkurangan.

Hebat bukan!!!So apelagi..jom grab peluang promosi hujung tahun nih..Collagen Powder yg berbaloi baloiiii..super murah dari biasa...

Hubungi saya untuk info lanjut :)

Wednesday, November 28, 2012

AJHT..makin menyengat

salam~
.
sejak dipasarkan Jun haritu..produk baru nih makin mendapat perhatian pengguna yg mengalami sakit2 sendi,lenguh2,sakit lutut dan sewaktu dgnnya lah..Alhamdulillah.. so apa lagi,dari duk ngadu sakit lutut bagai,jom la cuba AJHT neh..in sha Allah..berkesan ;)
.
Pelaburan tuk masa depan..berbaloi2.. Advance Joint Health Tablet(AJHT).. dengan mengunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral ,formula sayur-sayuran 100 %... dan Shaklee claim pengguna akan dapat merasa kesannya seawal 5HARI...wowww kan...
.
jom tengok testi pengguna AJHT...dan juga OsteMatrix :)


AJHT


OsteMatrix
Alhmdulillah dan wowwww kn..hehe...so yang berminat..meh isi borang kat sebelah nih..Good day!

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Eczema dan Shaklee :)

salam~
.
Sebagai ibu bapa..susah hati kan kalau anak2 sakit..sanggup perabih duit semata2 anak kn..ye laa..anak kan anugerah tak ternilai..anugerah dan amanah dari Allah..so mmg kene jaga sebaik2nya kan...kalau boleh kene gigit nyamuk pon rasa nk kejar nyamuk tuh smpai jumpa kn..hehe..
.
jom kenal Eczema..
.
Eczema adalah istilah umum yang digunakan, untuk menerangkan suatu keadaan radang atau inflamasi pada kulit, yang disebut dermatitis. Gejalanya ditandai dengan kekeringan yang terjadi pada area kulit tertentu, yang terkadang terasa panas, diikuti oleh kulit kemerahan namun yang paling utama adalah timbulnya gatal-gatal. Kondisi ini lebih sering terjadi sekitar 50% pada bayi, tapi biasanya akan hilang ketika menginjak usia 3 tahun. Sedangkan bayi lainnya biasanya datang secara berkala dan 20% pada anak-anak serta 1-2% orang dewasa, secara lebih spesifik berikut tipe atau jenis dari Eczema:
  1. Atopic Eczema (Abopic Dermatitis, Infantile E., Flexural E.), Ditandai dengan peradangan dan rasa gatal pada kulit, kebanyakan disebabkan oleh keabnormalan fungsi sistem kekebalan tubuh. kondisi ini bisa datang dan pergi tergantung kontak dengan faktor pemicu atau penyebabnya ini diakibatkan oleh faktor hereditas atau keturunan.
  2. Contact Eczema (Contact Dermatitis), Eczema ini dapat dibagi dua yaitu reaksi alergi dan iritasi misalnya bersentuhan dengan sabun cuci tertentu, reaksi kulit terhadap perhiasan, zat-zat asam, kosmetik, bahan pakaian, parfum, dan bahan-bahan kimiawi lainnya.
  3. Xerotic Eczema (Asteatotic E., E. Craquele / Craquelatum, Winter Itch, Pruritus Hiemalis), Disebabkan oleh kulit yang sangat kering atau mengalami kekeringan serius sehingga berubah menjadi Eczema. Umumnya terjadi pada orang yang lebih tua.
  4. Saborrhoeic Eczema (S. Dermatitis), Tanda-tandanya berupa area kulit yang berwarna kekuningan, berminyak, bersisik atau mengelupas baik pada kulit kepala, wajah, maupun area lainnya pada tubuh. Cradle cap pada bayi dan ketombe pada kulit kepala merupakan salah satu contoh dari  Saborrhoeic Eczema dan keadaan ini akan lebih gampang diperburuk oleh stress, jenis kulit berminyak, kurang frekwensi cuci rambut, serta kondisi cuaca.
  5. Nerodermatitis, Dikenal juga Lichen Simplex Cronicus yaitu gejala peradangan kulit disebabkan oleh kebiasaan menggaruki kulit yang terasa gatal ( gigitan serangga) sehingga area kulit tersebut menjadi iritasi. Biasanya dibagian kulit sekitar, kepala, tungkai kaki bagian bawah, pergelangan tangan atau pun lengan bawah.
  6. Nemmular Eczema (Discoid E., Exudative E., Microbial E.), Tanda yang paling jelas dari kondisi kulit ini adalah bentuknya yang bulat menyerupai koin dengan batas yang terlihat jelas pada kulit, kebanyakan terdapat pada lengan, punggung, dan bagian bawah. Tapi lebih banyak ditemui pada pria yang berusia lanjut.
  7. Stasis Dermatitis (Venous E., Varicase E., Gravitational Enzema), Merupakan iritasi kulit pada kaki bagian bawah, pergelangan kaki atau sekitar mata kaki, hal ini disebabkan masalah sirkulasi pada pembuluh vena, varises, atau edema pada kaki.
  8. Dyshidrotic Eczema, Sering muncul pada telapak tangan atau kaki dan pinggiran dari jari-jari tangan atau kaki berupa kulit yang mengeras, tebal dan terasa gatal. Sering menyerang tangan dan memburuk pada cuaca panas.
  9. Autoeczematization, Merupakan reaksi terhadap infeksi parasit, jamur, bakteri atau virus. Ini bisa disembuhkan dengan menghilangkan sumber penyebabnya.
Macammana nk pulihkan eczema,atau mungkin cara untuk elak dari menular ke bahagian badan yang lain..sbb eczema ni menyebabkan kegatalan yg tak boleh ditunggu2 lagi untuk digaru kann..So biasanya doktor pon akan bagi krim atau ubat gatal atau ubat yg sewaktu dgnnya..tapi kita pon boleh elakkan dengan jgn menggaru sgt sbb nnt akan  buatkan bakteria merebak bahagian lain plak..

Jom tengok macammana Nadiah menggunakan produk2 Shaklee untuk mengatasi masalah eczema anak teruna beliau..alhmdulillah..usaha yang membuahkan hasil..tak salah melabur sikit untuk kesihatan anak2 kan ;)

Pn Nadiah amalkan Nutriferon, Chewable Vita-C,Herbal Blend Multi Purpose Cream,Basic H dan juga Vita-E..

Basic H

Chewable Vita-C

Herbal Blend MPC

NutriFeron
Vita-E Complex

Hubungi saya untuk info lanjut yer ;)

Sunday, November 25, 2012

mak sakit sendi,ayah lenguh dan sakit lutut..AJHT terbaik!!

Salam~

"mak rasa lenguh2..sakit2 sendi la nak"
"jgn bimbang mak..AJHT Shaklee ade rumusan untuk sendi yg sihat...100% dari tumbuhan mak..xde bahan kimia..in sha Allah"

 
Apa itu AJHT..AJHT singkatan dari Advance Joint Health Tablet..produk terbaru dari Shaklee..

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.



Antara testimoni anak2 yang berjaya mengembalikan kesihatan sendi org tersayang mereka..
Anda juga boleh mencubanya..Hubungi sy untuk info lanjut :)

"urat kaki abah dah tak sakit,kaki pon dah tak lenguh dah"


Saturday, November 24, 2012

Petua cepat dapat anak

Salam~

meh nk kongsi info dan petus cepat dapat anak..tapi semuanya kehendak Allah..kita berusaha ok..doa+tawakal..;) in sha Allah..

[INFO : PETUA CEPAT DAPAT ANAK]
credit: Group tertutup pengguna Shaklee ;)

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan”

Untuk Suami : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa

Hubungi saya untuk info lanjut :)

Thursday, November 22, 2012

Vitamin C : sustained release dan bioflavonoid

salam~

Vitamin c shaklee adalah salah satu vitamin keluaran shaklee yang unik. vitamin c shaklee ini unik kerana formula sustained release dan formula bioflavonoid.

Apakah sustained release?

bertindak unik untuk melepaskan dos yang diperlukan oleh badan, 100mg setiap satu jam.

Apakah bioflavonoid?

sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi, dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

menurut kajian pengambilan vitamin c secara konsisten, membantu memberikan kesihatan fizikal sehingga berumur 94 tahun.

Kenapa perlu vitamin c?

meningkatkan sistem imun
bina sel darah merah untuk penyerapan zat besi dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. mengurangkan gejala sinus, alergik kulit atau asthma.

membentuk kolagen
menjaga keanjalan kulit, mengelak kulit kendur dan otot menjadi tegang

memperbaiki simptom pendarahan
gusi berdarah, lebam di kulit atau luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan vitamin c

memerangi kanser
kuasa antioksida yang terdapat dalam formula bioflavonoid mampu melawan sel-sel kanser dan menyingkir kimia merbahaya dari badan

kulit cantik
mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menghalang pigmen dari terbentuk, pigmen adalah penyebab utama kepada jeragat

mengurangkan insomnia
membantu mengurangkan masalah mental seperti keresahan

mengekalkan kolestrol sihat
mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah, elak hidung berdarah dll.

dengan harga yang lebih murah berbanding dengan vitamin c yang berada di pasaran menjadikan shaklee vitamin c sustained release adalah pilihan yang bijak. murah dengan 1001 kebaikan.

Hubungi saya untuk info lanjut yer :)

Wednesday, November 21, 2012

macam mana boleh kurus dengan Lecithin nih??


Salam~

Memandangkan en.suami saya amik Lecithin sebagai pemecah lemak beliau..jom kita baca apa sebenar Lecithin nih..betul ker sebagai pemecah lemak sahaja..atau banyak lagi kelebihannya..

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Tapi pastikan anda mengambil Lecitin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana .pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)

Hubungi saya untuk info lanjut yer :) 

MASALAH BADAN BERBAU

Salam..


Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain..kn kn...jom baca punca dan cara atasinya. :)

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.

Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

* Alfalfa Shaklee - Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

* Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

* Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Hubungi saya..untuk harga dan maklumat lanjut :)

Tuesday, November 20, 2012

[hanya dengan Vitamin E,muka tambah berseri]

salam~
.
untuk hilangkan parut dan jadikkan wajah lebih berseri..apa yg badan kita perlu??pastinya keperluan vitamin E yg cukup kn...
.
sbb itu Shaklee keluarkan produk yang berguna nih..apedia??Vita-E Complex...
.
macammana kandungan Vita-E nih dapat bantu kulit bermasalah??

---->Kerana Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu. Ianya vitamin asli dan beserta unsur selenium..

apa lagi khasiat Vita-E??

---->Jika anda konsisten dgn Vitamin E yg berkualiti. anda akan lihat kedutan pada bawah mata atau tepi mata beransur hilang....Selain bagus untuk kulit ia membantu kawal kolestrol , merendahkan triglycerides, bagus untuk saraf, mengecilkan pori-pori pada wajah, jika diambil suami isteri mengeratkan keintiman, bantu atasi kulit kering, berkudis, dan banyak lagi sebenarnya.. dan tahukan anda ia dpt mencerahkan warna kawasan sekita aerola..
.
testimonial pengguna yg telah berjaya...woww...jom kita baca apa kata beliau..sebelum dan selepas menggunakan Vita-E Complex nih.. ;)
.




inilah Vita-E Complex Shaklee


Sunday, November 18, 2012

Carotomax Dan Masalah Mata Berselaput

Assalamualaikum..

Harini bercerita tentang Carotomax..jom terjah testi nih.
credit : http://dalovelymade.blogspot.com/

Testimoni Carotomax:
Berbalik kepada cerita yang saya nak cerita ni……semalam saya pergi ke Branch Shaklee Kota Bharu..sambil-sambil tunggu order customer saya, datanglah seorang makcik  yang berusia dalam 60 lebih dah kot….. dengan suara yang riuh rendah atau bahasa  lain ‘gegel’.
Melihatkan ke arah makcik tu saya pun bertanya:

Saya: Makcik beli apa?

Makcik: ‘Mokcik mari beli ni la hok Shaklee ni…molek ngat…’ tengok mata mokcik ni….sambil tunjuk mata dia ke saya….(memang berselaputla mata makcik ni). Dulu Doktor nok bedah doh mata mokcik ni….mokcik kata biar dulu ah…sbb makcik nak cari ikhtiar lain dulu…pastu jupa la Shaklee ni..alhamdulillah mata mokcik molek doh…boleh baca Al-Quran….Naik motor malam pun buleh doh…kalu jauh pun boleh tengok doh…

Saya: Saya pun teruja la dengar testimoni yang x disangka-sangka ni….saya pun tanya makcik ni lagi…

Mokcik makan gapo hok Shaklee ni?

Mokcik : Mokcik makan 2 jah….Alpapa ngan Carotomat jah….Mokcik amal makan ni….

Saya:  Alhamdulillah….semoga orang lain pun dapat manfaat CAROTOMAX ni…


Terjemahan:
 Makcik ni datang Shaklee nak beli barang Shaklee…sambil menunjukkan matanya yang berselaput (seperti gambar). Dulu doktor dah nak buat pembedahan mata makcik ni tapi makcik kata nak cari ikhtiar lain dulu..selepas itu jumpalah dengan produk Shaklee ni…Alhamdulillah mata makcik dah elok…boleh baca Al-Quran dah…Naik motor malam pun dah boleh…tengok jauh-jauh pun boleh dah…Dia hanya mengamalkan makan Alfafa dengan Carotomax je…
Semoga orang lain pun akan dapat manfaat daripada faedah CAROTOMAX ni…

Khasiat Carotomax
Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA.  Apakah yang boleh membantu?  Jawapannya ialah Anti oksida.  Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.
Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.
Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Saturday, November 17, 2012

Kurus dan berseri dengan ESP..boleh!!

salam~
.
Testimoni 1:
ESP..pekatkan susu ibu menyusu...ESP buatkan wajah gebu dan berseri...kulit tak berminyak..jerawat malu2 nk timbul..dark circle keliling mata hilang..Alhmdulillah...

Jom sama2 sihat dan cantik dari dalam..baru pancarkan kat luar..I like!!!

Testimoni 2:
Kurus dengan ESP???...boleh....

Lagi Testimoni ESP..SINI


Wednesday, November 14, 2012

Vitamin E kini ditambah ekstrak biji anggur..lagi powerrr!!

Salam..
Pagi nih adik sy ada pm kat fb,bertanyakan Vitamin E Shaklee dah lain ker?..Owh apa yang lain yer..jom kita tengok...harganya tetap sama yer..:)

Yer,kini Vita-E Complex  ade tambahan ekstrak biji anggur,so ia berwajah baru juga..so lebih gelap warnanya..yang sebelum nih kaler kuning2 pekat cenggitu kan..



Jom tengok apa lagi kelebihan vitamin E baru nih...

  • Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
  • Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan  dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..
  • Melambatkan penuaan.
  • Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.
So dengan yang baru nih,lebih meletop lagi la kan Vitamin E Shaklee ni kan..apa lagi..jom mencantikkan wajah dengan Vitamin E..

Fungsi makanan tambahan Shaklee

Berikut adalah funngsi pemakanan Shaklee:

Vitalea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.
Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.
Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.
Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.
Ostematrix (Calcium Magnesium)

  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.
Iron Plus C
  1. Pembinaan sel darah untuk pengaliran oksigen dalam badan.
  2. Mengelakkan anemia.
  3. Membantu dalam sistem kekebalan.
Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.
Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.
Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.
Fiber
  1. Membantu mengurangkan sembelit.
  2. Untuk kesihatan usus.
  3. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  4. Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  5. Membuang toksin dalam badan.
E.P.A
  1. Mengurangkan kolesterol.
  2. Membina sel otak.
  3. Mengurangkan sakit sendi.
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung.
GLA Plus
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.
Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel2 tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake
  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

by Mommy Lyna
credit: http://vitaminsemulajadi.com/fungsi-pemakanan-tambahan-shaklee-untuk-anda/

Tuesday, November 13, 2012

Bagaimana GLA membantu wanita hamil

GLA Complex

GLA ialah shortform bagi Gamma-Linolenic-Acid yang merupakan kandungan utama dalam EPO kat pasaran tuh. Tapi ia berbeza dengan dengan EPO sebab GLA Shaklee turut mengandungi vitamin E dan minyak benih matahari....so bila sebut aje vitamin E terus terpikir kecantikan kulit kan..so ini bonus la bila makan GLA nih..best kan..

Apa pula keistimewaan GLA..Salah satu daripadanya ialah 'kesuburan' yang mana pasti akan terlintas perkataan 'kehamilan' di minda masing-masing kan? Maka, ramailah yang bertanya, bolehkah GLA Complex ini membantu kehamilan.. InshaALLAH.. ingat, Shaklee adalah satu daripada sekian usaha-usaha kita. Jadi,


credit: vitaminsemulajadi.com
 Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil? 

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

 Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajina, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA(gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. NAmun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.:)

Hubungi saya untuk info lanjut ;)


Khasiat dan kelebihan Vitamin E

Khasiat Vitamin E :

 · Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Memperbaiki peredaran darah,utk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic payudara
· Melindungi paru2 dari pencemaran udara.
· Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
· Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
· Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
· Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
· Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
· Merendahkan kadar kolesterol.
· Membantu mencegah kanser.
· Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
· Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.

Sumber makanan Vitamin E: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan: 
-Mudah radang,penuaan kulit sebelum masa,rambut gugur,anemia

Kelebihan Vitamin E:
1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat. Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin E mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct. Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin E membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin E sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

 5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula. Parut strecth mark akan semakin pudar.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual



.

Monday, November 12, 2012

MOTIVASI - 20 Amalan Murah Rezeki

20 Amalan Murah Rezeki

01.Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]
Pendek kata, bagi orang Islam.. untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenar, kuncinya adalah dengan melaksanakan amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini akan menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah S.W.T., lalu Allah S.W.T. pasti melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Insya-Allah.
- Artikel iluvislam.com

MOTIVASI: rahsia La Haula Wala Quwwata Illa Billah

La Haula Wala Quwwata Illa Billah - Tanaman Syurga


Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”

(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

La Haula Wala Quwwata Illa Billah bermaksud tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah. La Haula Wala Quwwata Illa Billah juga boleh mengubati penyakit lupa. Syaitan juga memainkan peranan dalam membuatkan manusia lupa. Berzikirlah untuk mengingati Allah, ucaplah kalimah La Haula Wala Quwwata Illa Billah agar Allah melindungi kita daripada gangguan syaitan yang menyebabkan kita lupa.
Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda,
“Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH."
Bahkan Allah jugalah yang memperjalankan Rasulullah s.a.w. pada malam itu. Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daripadaNYa.
Isra Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Semasa menjawab azan, pada perkataan hayya alas-solah (marilah mengerjakan sembahyang), maka pada kalimah ini, hendaklah kita mengatakan “la haula wala quwwata illa billah”(tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah). Orang yang mendengar azan pun tidak mampu ke masjid sekiranya tidak ada pertolongan dari Allah. Oleh itu mintalah pertolongan darinya dengan menyebut “la hau la wala quwwata illa billah..
Jadi, jika anda merasa diri anda sedih, terasa sesak, berat order nak masuk... Jangan tinggalkan "LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".. titipkan ia sentiasa.
Sharing is Caring!