Beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....
 Sebenarnya nak dapatkan supply susuibu yang banyak adalah sesuatu yang 
perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh 
badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu 
banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak 
kongsikan beberapa tips-tips yang dari 
ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini 
dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-
  
 1) Setkan minda 
untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan
 konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih
 kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini 
membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.
  
 2) 
Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara
 tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. 
Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.
  
 3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan 
badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan 
yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari 
selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi 
dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby 
semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.
  
 4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda. 
 
 5) Hanya beri susuibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda 
sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika 
baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak 
susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini 
mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak 
penyusuan secara direct atau lansung dari ibu. 
 
 6) Ambil 
peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu 
malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi 
habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada 
lansung, lama-lama akan bertambah.
  
 7) Satu lagi cara adalah 
beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara 
yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun 
pastikan baby cukup minum ya. 
 
 8) Jaga minum anda sepanjang 
perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun 
secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement
 adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.
  
 9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua 
keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis 
makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan 
lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat 
digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan
 nutrisi harian anda.
  Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk
 menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit 
tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, 
protin dan kalsium cukup dlll. 
 
 10) Cuba elakkan rasa stress. 
Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja 
dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan 
susuibu.
  
 11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby 
tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 
1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan 
untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan 
bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.
  
 12) 
Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan
 anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti 
contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain
 lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam. 
 
 13) Amalkan teknik Power 
Pumping. Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susuibu mereka 
merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara 
lansung. 
 
 14) Berdoalah kepada Allah suapaya susu kita sentiasa ada dan cukup untuk anak2 kita.
Semoga bermanfaat..insyaAllah :) 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment