Monday, April 8, 2013

Apa yang best GLA Complex

Salam..

GLA atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.

Dan apa lagi yang best pasal GLA ni..jom kita tengok..

 Saya pon amik GLA nih untuk kesihatan kulit wajah..yang paling best bila bangun pagi mmg muka dah tak berminyak dah..sangat best tauu..

Nak cuba juga..pm/sms sy yer..014-5453747..harga paling terbaik sy bg yer..tq

Friday, April 5, 2013

ESP dan Vitamin E bantu rawat parut kemalangan

Salam

Energizing Soy Protein
Ataupon lebih dikenali dengan ESP;protein terbaik untuk membaikpulih sel2 badan,juga membaiki sel badan yang rosak. Tidak boleh disangkal lagi kebaikan dan manfaat sumber protein yang terdapat dalam ESP..malah sedap dan mengenyangkan..insyaAllah..


Apalagi lagi khasiat ESP yer..
Jom kita tengok, apa khasiat ESP Shaklee ini...

1. Awet muda - asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones dan fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. ia membantu merendahkan kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung

3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung di dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.

4. Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radiance kulit dan kepejalan otot, percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban, rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori - meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.

Khasiat dalam 1tin..berbaloi2 kan..

Vitamin E Complex

Vitamin E pula mengandungi ekstrak biji anggur yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C .. dlm erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Juga melambatkan penuaan:

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.


Testimoni
So dengan kata lain,ESP dan Vitamin E adalah terbaik untuk kulit kita..Macam kawan kita sorang nih..parut akibat kemalangan pon dah ok dengan pengambilan ESP dan Vitamin E secara konsisten..alhmdulillah :)


Saya pon berpuashati dengan ESP dan vitamin E nih..vitamin untuk cantik..wawww..
Pertanyaan contact je sy yer..Pm kat page or sms 0145453747 :)

Thursday, April 4, 2013

TIPS UNTUK MENGUMPUL SUSU DENGAN BANYAK

Beberapa tips untuk mengumpulkan stok yang banyak....

Sebenarnya nak dapatkan supply susuibu yang banyak adalah sesuatu yang perlu diusahakan. Penghasilan ini melibatkan otak, hormon dan tubuh badan kita yang kita tidak dapat kawal dengan butang 'on-off'. Perlu banyak usaha untuk memberi signal pada otak dan hormon. Disini saya nak kongsikan beberapa tips-tips yang dari ibu-ibu yang telah berjaya dalam mengumpul stok yang banyak. Moga ini dapat memberi sedikit info pada ibu-ibu ya:-

1) Setkan minda untuk menyusukan baby dari awal lagi. Dapatkan ilmu dan fahami berkenaan konsep-konsep penyusuan sejak mengandung lagi terutamanya konsep 'Lebih kerap payudara dikosongkan-Lebih banyak susuibu akan terhasil'. Ini membuatkan anda lebih bersedia mengatasi sebarang cabaran.

2) Berinteraksilah dengan golongan ibu-ibu yang menyusukan anak. Ini secara tidak lansung mendorong anda untuk terus menyusukan anak anda. Menyertai kumpulan menyusu dalam Facebook adalah salah satu cara.

3) Persediaan awal sejak mengandung lagi, khasnya dalam mendapatkan badan sihat, cergas dan fit semasa pantang. Ini memerlukan pemakanan yang seimbang. Jangan abaikan supplement (baik dari doktor mahupun dari selainnya) ketika mengandung kerana ia adalah penyumbang kepada nutrisi dalam badan. Nutrisi inilah yang digunakan untuk perkembangan baby semasa mengandung dan juga untuk penghasilan susuibu.

4) Dapatkan pam yang sesuai dan efektif bagi anda.

5) Hanya beri susuibu pada bayi anda. Ini adalah kerana bayi anda sendiri sedang belajar cara menyusu, apa susu yang nak diminum. Jika baby terbiasa dengan rasa susu formula, mungkin baby akan menolak susuibu. Begitu jugalah dengan pengunaan botol susu atau puting, ini mungkin akan menyebabkan baby keliru puting dan seterusnya menolak penyusuan secara direct atau lansung dari ibu.

6) Ambil peluang mengumpul stok semasa berpantang. Jika baby tidur pada waktu malam lebih dari 2 jam, anda boleh mengepam. Ataupun pam selepas bayi habis menyusu. Biarpun pada mulanya hanya mendapat 1 oz atau tiada lansung, lama-lama akan bertambah.

7) Satu lagi cara adalah beri baby di salah satu payudara dan pada waktu yang sama pam payudara yang satu lagi. Ini akan meningkatkan hormon penyusuan anda. Namun pastikan baby cukup minum ya.

8) Jaga minum anda sepanjang perjalanan penyusuan. Air pastikan cukup, ikut rasa haus anda. Namun secara rawak, 8 gelas setiap hari. Tetapi jika anda mengambil supplement adalah lebih baik minum lebih banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter.

9) Jaga pemakanan anda.Pelbagaikan makanan anda untuk memenuhi semua keperluan nutrisi. Pastikan ianya seimbang. Sekiranya anda ni jenis makan cincai, kurang makan sayur atau buah, tidak suka minum susu dan lain-lain lagi masalah pemakan, maka pengambilan supplement amat digalakkan. Cubalah mengambil supplemen SHAKLEE untuk memenuhi keperluan nutrisi harian anda.
Ingat, anda memerlukan 500 extra kalori untuk menghasilkan susuibu. Jadi jika nak diet, jangan amalkan makan sedikit tapi amalkan diet yang sihat: kurang minyak, kurang nasi, banyak sayur, protin dan kalsium cukup dlll.

10) Cuba elakkan rasa stress. Dapatkan rehat yang cukup. Stress akan menyebabkan tubuh badan bekerja dua kali ganda dari biasa. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan susuibu.

11) Kosongkan payudara sekerap mungkin. Jika baby tidak menyusu, perlu pam untuk keluarkan susuibu. Ini adalah konsep no. 1... Kalau makan supplemen banyak-banyak pun, jika tiada permintaan untuk membanyakkan susuibu, maka penghasilan susuibu tidak akan bertambah atau dalam kes lebih teruk, akan berkurang.

12) Sekiranya anda bekerja, maka perlu ada masa untuk pam ditempat pekerjaan anda. Kalau boleh amalkan rutin yang sama pada setiap hari. Seperti contoh pam pada masa yang sama, minum air sebelum mengepam dan lain-lain lagi. Dan pamlah setiap 2-3 jam.

13) Amalkan teknik Power Pumping. Ini telah membantu ramai ibu-ibu khasnya bila susuibu mereka merundum dan ibu-ibu yang mengepam sahaja tanpa penyusuan secara lansung.

14) Berdoalah kepada Allah suapaya susu kita sentiasa ada dan cukup untuk anak2 kita.


Semoga bermanfaat..insyaAllah :)